Set Lepas Bersalin Tropical Hers adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru bersalin memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
Sistem komprehensif ini mempunyai komponen herba yang digunakan selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bukan mudahkan nak bersalin, habis segala urat menegang ketika nak meneran, so kena lah cari produk terbaik.
Bengkung Lepas Bersalin diberikan percuma juga dimasukkan sekali dalam set. Kalau beli asing, bengkung yang panjang macam ni mau RM 50.00. So, berbaloi lah kalau beli set ni, dah lah set untuk ibu dan anak sekali, percuma bengkung pulak tu.
Rumusan ni adalah rumusan herba tropika yang mengandungi herba-herba tradisional yang dah digunakan oleh orang Cina, India dan Melayu untuk membantu pemulihan ibu semasa pantang.
- UNTUK MAKAN/MINUM
- teh herba
- herba selepas bersalin 1
- herba selepas bersalin 2
- UNTUK KEGUNAAN LUAR
- uncang pembersih wanita
- herba mandian
- campuran peramping perut
- campuran penghangat badan
- campuran penenang/pilis
- PENGGUNAAN RUTIN/SEHARIAN
- Mandi dengan herba mandian - selepas mandi badan akan rasa segar jer.. dulu masa bersalin kalau nak mandi air daun kayu, nak kena cari daun kayu, lepas nak merebus satu hal pulak, yang penatnya, abis bersepah daun kayu bagai dalam bilik air. 3, 4 hari jer pun boleh mandi air daun, sebab bukan mudah nak cari daun serai wangi bagai. Ada herba mandian ni memang senang sangat. Terutamanya zaman sekaran ni, ramai yang berpantang sendiri kat rumah kan? jadilah bolehlah merasa nak manjakan diri mandi dengan air herba selama 20 hari.
- Lepas mandi, cuci miss V dengan pencuci wanita. Supaya bersih dan hilangkan bau hanyir darah nifas.
- Selepas selesai mandi, sapukan penghangat badan, bolehlah berurut dan bertungku.
- Habis mengurut, sapukan penghangat badan ke seluruh badan. Penghangat badan ni berfungsi supaya angin tak masuk dalam badan.
- Kemudian, sapu peramping perut pada seluruh perut cepat tegang . Nanti tak ada nak menggelebeh. Kena istiqamah kalau nak hasilnya, tak boleh skip2 tau.
- Pakai bengkung selepas bersalin. Pakai bengkung ni jangan main-main tau. Saya sendiri memang pakai bengkung, tak kiralah bengkung moden atau tradisional. Bengkung ni penting supaya nanti kita tak sakit pinggang. Tu pesan mak mertuaku. Bersalin kali pertama dan kedua, saya pakai bengkung. Yang ketiga, disebabkan operate, saya memang tak pakai la awal-awal. Masuk sebulan baru saya pakai.
- Campurkan serbuk pilis dengan air suam dan sapu pada dahi. Bagus untuk mengelakkan pening dan buang panas.
- Seterusnya, sapu minyak urut di telapak kaki dan pakai stokin.
- Untuk pemakanan herba selepas bersalin, ada aturannya.
- PRODUK TAMBAHAN
