Monday, March 21, 2016

Set Bersalin Tropical Hers


Set Lepas Bersalin Tropical Hers adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru bersalin memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. 

Sistem komprehensif ini mempunyai komponen herba yang digunakan selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bukan mudahkan nak bersalin, habis segala urat menegang ketika nak meneran, so kena lah cari produk terbaik. 

Bengkung Lepas Bersalin diberikan percuma juga dimasukkan sekali dalam set. Kalau beli asing, bengkung yang panjang macam ni mau RM 50.00. So, berbaloi lah kalau beli set ni, dah lah set untuk ibu dan anak sekali, percuma bengkung pulak tu.

Rumusan ni adalah rumusan herba tropika yang mengandungi herba-herba tradisional yang dah digunakan oleh orang Cina, India dan Melayu untuk membantu pemulihan ibu semasa pantang. 
  • UNTUK MAKAN/MINUM
  1. teh herba
  2. herba selepas bersalin 1
  3. herba selepas bersalin 2
  • UNTUK KEGUNAAN LUAR
  1. uncang pembersih wanita
  2. herba mandian
  3. campuran peramping perut
  4. campuran penghangat badan
  5. campuran penenang/pilis
  • PENGGUNAAN RUTIN/SEHARIAN
  1. Mandi dengan herba mandian - selepas mandi badan akan rasa segar jer.. dulu masa bersalin kalau nak mandi air daun kayu, nak kena cari daun kayu, lepas nak merebus satu hal pulak, yang penatnya, abis bersepah daun kayu bagai dalam bilik air. 3, 4 hari jer pun boleh mandi air daun, sebab bukan mudah nak cari daun serai wangi bagai. Ada herba mandian ni memang senang sangat. Terutamanya zaman sekaran ni, ramai yang berpantang sendiri kat rumah kan? jadilah bolehlah merasa nak manjakan diri mandi dengan air herba selama 20 hari. 
  2. Lepas mandi, cuci miss V dengan pencuci wanita. Supaya bersih dan hilangkan bau hanyir darah nifas.
  3. Selepas selesai mandi, sapukan penghangat badan, bolehlah berurut dan bertungku. 
  4. Habis mengurut, sapukan penghangat badan ke seluruh badan. Penghangat badan ni berfungsi supaya angin tak masuk dalam badan. 
  5. Kemudian, sapu peramping perut pada seluruh perut cepat tegang . Nanti tak ada nak menggelebeh. Kena istiqamah kalau nak hasilnya, tak boleh skip2 tau.
  6. Pakai bengkung selepas bersalin. Pakai bengkung ni jangan main-main tau. Saya sendiri memang pakai bengkung, tak kiralah bengkung moden atau tradisional. Bengkung ni penting supaya nanti kita tak sakit pinggang. Tu pesan mak mertuaku. Bersalin kali pertama dan kedua, saya pakai bengkung. Yang ketiga, disebabkan operate, saya memang tak pakai la awal-awal. Masuk sebulan baru saya pakai.
  7. Campurkan serbuk pilis dengan air suam dan sapu pada dahi. Bagus untuk mengelakkan pening dan buang panas. 
  8. Seterusnya, sapu minyak urut di telapak kaki dan pakai stokin.
  9. Untuk pemakanan herba selepas bersalin, ada aturannya.  
  • PRODUK TAMBAHAN


Sunday, March 20, 2016

MUS - Moving Up Seminar

Pada 20 dan 21 Februari lepas, saya dan suami berpeluang mengikuti Moving Up Seminar yang diadakan di Hotel SP Inn...Apa yang menarik ye
  1. First time join seminar bisnes, terujalah sangat.
  2. Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Tak de lah kes nak menipu ke, kaut keuntungan berlebihan. Untuk kursus 2 hari 1 malam setiap orang kena bayar RM 140 termasuk 6 kali makan kat hotel... Makan kat hotel mahal tau... makanan sedap pulak tu.. 
  3. Saya berjaya heret En. Suami join kursus ni sama. Selepas abis kursus, dia pulak yang suruh saya join NDT di Penang. Mulanya saya tak mau ye lah terpaksa korbankan cuti hari Sabtu selama 8 minggu. Tapi demi nak menuntut ilmu perniagaan secara serius, saya join jugak lah. 
  4. Ramai orang jauh yang sanggup datang seminar ni.. Bayangkan lah, ada yang dari Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.  Jadi rugilah kalau kita orang Utara tak join kan?
  5. MUS kali ni menampilkan speaker yang hebat-hebat. Memang bersemangat bila dengar speech diaorang.
  6.  Membuka mata kita tentang bisnes Amway. Sedikit sebanyak menjawab persoalan kita tentang barangan Amway yang dikatakan mahal, susah nak jual tak laku, bisnes yang dah lama, ramai orang cuba tapi tak berjaya. Yes,  saya dan suami dah dapat jawapannya sedikit sebanyak..
  7. Bila join MUS, terus rasa serius nak buat bisnes ni. Sebab doktor yang ada 5 klinik pun join AMWAY dan buat bisnes ni sungguh-sungguh. Kenapa? sebab ramai orang yang ada duit, tapi tak ada masa. Sebab kena kerja, kerja, kerja.
  8. No negatif thinking. Sebesar zarah pun dalam diri kita tak boleh ada fikiran negatif. Sebab ni bisnes kita sendiri. Kalau asyik dok negatif saja, bila nak berjaya. 
  9. Amway bukan satu bisnes yang pentingkan menjual, tapi lebih fokus kepada membina rangkaian. Objektif kita adalah, semua orang menjadi pengguna barangan AMWAY. 
  10. Kalau menjual saja, sampai bila kita nak menjual, kalau kita sakit maknanya tak ada sales bila tak ada sales, tak adelah duit.
  11. Kesihatan jaaaaauuuuuh lebih mahal dari nilai duit - kita akan sedar perkara ni bila kita sakit.. Sekarang kita sayang duit nak beli vitamin, makanan berkhasiat tapi bila diserang penyakit, kita sanggup berhabis  duit nak berubat sana sini.
  12. Quality product - AMWAY ada kilang sendiri. Jadi kualiti produk sangatlah terjaga. Produk Amway terbukti berkesan sebab dikaji oleh saintis terlebih dahulu sebelum di pasarkan. 
  13. Jika kita cerita tentang bisnes kita pada orang, dan orang tak mau / tak minat, let them go.. bukan rezeki diaorang lah tu. Tapi, bagi peluang pada diri kita untuk usaha lagi.

Sunday, February 21, 2016

Ubat Gigi Glister

Ubat gigi GLISTER 

kredit : http://serbanekashop.blogspot.my/2015/09/plak-gigi.html

Ini adalah ubat gigi keluaran Amway.
Ubat gigi ini ada banyak kelebihan :
  1. Murah dan jimat - Mesti guna dengan cara yang betul. 
  2. Tidak berbuih.
  3. Cuma guna sedikit sahaja setiap kali penggunaan - sebesar kacang peas sahaja.
  4. Meningkatkan pengilatan gigi.
  5. Anti plak - gunakan 3 kali sehari.
  6. menyingkirkan kotoran degil - sesuai untuk orang yang suka minum kopi dan teh. 
  7. memberikan kesegaran nafas, rasa nyaman
  8. menyah bau. 
AMWAYLIFESTYLE
NAZIFFAH
0194029908

AMWAY : Pilihan Kami

Bagaimana saya dan suami terjebak dengan Amway?

Kami mula terjebak dengan dunia perniagaan Amway semasa kami nak membeli PHIPILS steam iron generator untuk sahabat saya Kak Maheran. Disebabkan dia ingin membeli dengan harga ahli, maka saya pun terpaksalah mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan barang dengan harga yang lebih murah. 


Peluang

Apabila mula berjinak-jinak dengan bisnes ni, suami pun ikut sama join. Kami dapati Amway ni special daripada beberapa skim MLM yang pernah saya join sebelum ini. Sebelum menyertai Amaway saya pernah join beberapa syarikat jualan langsung sebagai pengedar untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Bukanlah dengan sebarang niat untuk menjual barangan. Namun, apabila berpeluang untuk menjadi pengedar Amway, saya berasa sungguh seronok kerana saya ada upline yang sangat membimbing saya. 

   
Kenapa AMWAY?
  1. Perniagaan yang tak pernah rugi. - Bisnes ni mudah saja. Kita pakat-pakat guna barangan Amway. Bila kita promote untuk beli barangan kita yang kita share kebaikan produk tersebut, kalau orang tak minat nak beli, kita tak rugi apa pun. Kita juga tak payah nak simpan stok. Bila ada oder baru beli. So, tak perlulah nak keluarkan modal beribu macam jual baju dengan tudung dulu. 
  2. Barangan yang berkualiti dan dipatenkan. - Yang seronoknya, barangan Amway bukanlah barangan made in China. Semua dipatenkan dari kilang di Las Vages. Semua produk Amway adalah disahkan halal oleh Infanca. Kita tak perlulah nak meragui status halal produk Amway. Produk Amway dihasilkan dari kajian hampir 900 orang sainstis tau. Ni memang tak menipu sebab, leader2 yang dah berjaya sudah pun diberi peluang untuk melawat kilang dan ladang Nutrilite di Las Vages.
  3. Sistem yang mudah dan patuh syariah - sistem yang digunakan oleh Amway adalah mematuhi syariah. Ni saya pun tak boleh nak terang banyak2 lagi sebab masih belajar tentang sistem Amway. Insya Allah, bila dah pergi kelas dan belajar tentang sistem dengan lebih mendalam, saya akan sharekan. 
  4. Organik dan mementingkan penjagaan alam sekitar.
  5. Produk yang selamat. - produk Amway dijamin selamat. NUTRILITE mempercayai kebaikan dari sejak mula ditanam. Menurut sumber Eurometer International Limited : NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik.
  6. Peluang untuk kami berpencen awal - saya melihat peluang yang besar dalam Amway untuk kami menyelesaikan hutang kereta dan hutang rumah lebih awal daripada jangkaan kami. Ya, ini sahaja caranya. Ini kami dapat buktikan apabila melihat ramai penjawat awam yang telah mengecapi kejayaan semasa kami menghadiri kursus MUS ( Moving Up Seminar) pada 21 dan 22 Februari. 2016 lepas.
  7. Pelbagai bonus ditawarkan.- Ya, pelbagai bonus ditawarkan. Dan bonus ini semestinya melebihi daripada apa yang kami jangkakan. 
  8. Pelbagai jenis produk.- Amway ada pelbagai jenis produk yang berkualiti. Produk kegunaan harian pun banyak. 
  9. Group bisnes yang sangat pentingkan hubungan- Setiap minggu saya telah mula menghadiri meeting minggu yang diadakan di rumah DD Abg Hatta dan Kak Zah. Walaupun saya tidak pernah mengenali mereka sebelum ini, mereka banyak memberi sokongan kepada saya dan suami untuk buat Amway dengan sungguh-sungguh. Dan semua support dan tujuk ajar yang diberikan adalah percuma. Tiada sebarang yuran yang dikenakan.  
  10. Suami boleh join sama.

Niat 

Niat utama saya dan suami menyertai Amway adalah untuk our parents dan anak-anak.
Jika sekarang kedua ibu bapa kami masih sihat, mungkin tidak mengapa. Tapi kami terlalu memikirkan jika sampai masanya ibu bapa kami dalam keuzuran dan memerlukan perhatian dan jagaan daripada kami, kami wajib berada disisi mereka. Jika dalam keadaan bekerja sepenuh masa, tentunya kami tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai anak dengan sebaiknya.
Insya Allah, jika diizinkan Allah, kami ingin berjaya dalam Amway dan berhenti lebih awal atau sekurangnya mampu untuk bercuti tanpa gaji untuk menjaga orang tua kami apabila mereka berada dalam keuzuran. 

AMWAY adalah bisnes yang boleh diwariskan kepada anak-anak. Itu yang membuatkan kami rasa bersemangat. Semoga semuanya menjadi jariah untuk kita diakhirat kelak.


Niatkan yang baik-baik, nanti Insya Allah semua jadi baik.
Fikirkan yang baik-baik, insya Allah jiwa kita akan berada dalam keadaan baik.